Sunday, July 29, 2012

Heavenly-Puding Trifle

Assalamualaikum... :)
Pada hari yg ketiga puasa,aufa memang teringin nak makan puding.Dalam kepala ni ligat berfikir puding ape nak buat.Then,terjumpa resepi trifle dulu-dulu kt dlm buku resepi aufa.alang-alang kt rumah semua bahan2 ada,buat terus jelah!

Resepi ni aufa culik dari blog MatGebu.Siapa yg tak kenal kan??Setiap kali aufa online,tak sah kalau tak pegi jenguk blog dia.Rasa macam ade yg tak kena kalau tak intai.hehehe..



Resepi ni aufa ade tukar-tukar laaa sikit-sikit..yang sponge cake tu aufa tukar jadi moist chocolate cake dan
lapisan jelly atas sekali tu aufa guna jelly NONA perisa mangga dan tambah buah peach dalam tin.

Puding Trifle via MatGebu

Sponge Cake:
200g tpg potima(instant cake flour)
3 biji telur
50g mentega cairkan dan sejukkan
50ml susu segar
1 sk esen vanila

Bahan Kastard:
200ml susu sejat
100ml air
2 kuning telur
2 sb tepung kastard
4 sb gula
2/4 sk esen vanila

Bahan Jelly:
1/2 sk konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa (aufa letak 1 cawan)
500 ml air
1/2 sk strawberry emulco
Pewarna merah

BAHAN LAIN :
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil)





UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.

Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..









Banana Scrambled Eggs

Assalamualaikum...
Firstly,untuk pengetahuan awak awak dan awak,blog Aufa akan bertukar ke bahasa Malaysia mulai sekarang!!happy tak??happy tak??
Aufa akui memang bahasa inggeris penting dan....aufa sangat SUKAkannya tapi kita sebagai seorang rakyat malaysia haruslah memartabatkan bahasa ibunda kita.betul tak?? :)
Dan yang kedua,Aufa nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan !!So sorry sebab lambat wish..
jangan merajuk ek??hehehe.. puasa hari yg kesembilan baru nak wish.kejam kan??Aufa buzy sikit sejak kebelakangan ni so tak sempat nk update blog.jangan marah....


OK,sehari sebelum puasa,aufa try buat banana scrambled egg.Tapi ni ialah resepi ciptaan sendiri tau!
Bahan-bahan utk buat ni pun sikit dan cara dia sangat senang!

Bahan-bahan:(1 orang makan)
  • 1 biji telur
  • 1 biji pisang
  • 1/2 sk esen vanilla
      1-Lenyekkan pisang dengan garfu .
      
      2-Pecahkan telur,masukkan pisang yg telah dilenyek dan esen vanilla.
         Then,terus kacau sampai sebati.

      3-Cairkan butter di dalam kuali dan tuangkan adunan ke dalamnya.Kacau sampai dia 
         tidak melekit di kuali.Lebih kurang 3 minit je.

Cadangan:
*Boleh letak serbuk koko kepada sesiapa yg suka coklat macam aufa ni..