Thursday, August 23, 2012

Chocolate Chip Cookie Pie


Assalamualikum..
Apa khabar semua??sihat??beberapa hari lagi sekolah dah buka.Ada yg tak sabar nak sekolah,tapi ada juga yang masih malas nak sekolah

##########termasuk yg ni########

Semalam kakak aufa(Bella) dok terjah Bakerella.com .Entah tengah cari ape.
Kat bakerella ni banyak sgt resepi-resepi yg sedap dan comel!!huh,tak tahan tengok gambar-gambar dia.

Kat Bakerella dia tak bagi resepi utk kulit tart.Jadi untuk memudahkan awak semua,aufa sertakan resepi yang aufa gunakan utk kulit tart yg dipetik dari blog chef Azli Razali.Dulu aufa pernah try buat Lemon Meringue Pie guna resepi dia.Sedap sangat..Kulit tart pun crispy.

Chocolate Chip Cookie Pie via Bakerella
Bahan-bahan

Untuk Kulit Tart:
250g tepung superfine(tepung gandum tak pe)
130g mentega
3 tbsp gula kisar
1 biji telur
1 1/2 tbsp air

Campurkan mentega dan tepung dan uli hingga menjadi seperti serbuk roti.Nak cepat guna mixer ye..

Campurkan telur,gula dan air.gaul hingga menjadi doh yg lembut.Kemudian terapkan di acuan tart.


Untuk Isi:
  • 2 biji telur A
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula kisar
  • 1/2 cwn gula perang
  • 3/4 cwn butter (dilembutkan dlm microwave sekejap)
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 cawan walnut (atau kacang pilihan sendiri)


Pie ni sedap dimakan dgn ice-cream.OHHHH SEDAAAPPP!


Cara-cara

Panaskan oven 180 dgree celcius
Pukul telur menggunakan mixer sampai berbuih
Masukkan tepung,gula kisar dan gula perang.Masukkan pula butter
Kaup balikkan chocolate chip dan kacang.Tuang kedalam kulit tart tadi.
Bakar selama 55-60 minit.Sedap dimakan suam bersama satu scoop ice-cream



                             

Letak satu scoop ice-cream



Oohhh,it's melting!!
I better eat it now!!Bye!!!!

Strawberry Yoghurt Drinks


Assalamualaikum..

Tadi masa aufa buka peti,aufa ternampak ada Nestle plain yoghurt.Alaaa,yg dalam bekas biru tuuuu.Ada dijual di pasaraya ye.Sila lah beli.(Yoghurt tu kakak aufa nak buat milkshake ape ntah.x kesah!Then tengok lagi,,,, Eh eh,ada strawberry lagi laa.dah nak kecut pun strawberry tu tapi mujur belum buruk lagi.

So,firstly aufa minta izin dari kakanda kesayangan utk PINJAM yoghurt dia.OK,permintaan diluluskan!!
Aufa pun main campak je barang2 and BLEND semuanya sekali.Masa nak minum tu berdebar-debar jantung di dada ini.Takut tak boleh minum dah lepas ni..Ingat nak tinggalkan wasiat sebelum minum tadi.haha

Tapi Alhamdulillah aufa masih lagi hidup sampai sekarang dan tiada kecacatan fizikal yg berlaku.Tapi kan,yoghurt tu memang sedap gila,,,,,especially kalau letak ais batu.Memang terbaiklaaaahh!



Bahan(untuk 1 cawan je ni...boleh double kan kalau nak banyak)

1 cawan plain yoghurt
1/2 cawan air
2 tbsp gula halus (gula icing)
3 biji strawberry

1 biji strawberry dipotong kiub kalau nk ada chunk dalam yoghurt tuuu

Cara 

Kisar yoghurt,air,gula dan strawberry sampai sebati

Tuang dalam cawan dan masukkan kiub ais.Tabur strawberry yg dipotong kiub tadi.

You alls boleh buat ikut kreativiti masing-masing.Aufa percaya korang memang boleh buat lagi HOT,lagi Sedap,lagi POWER dari aufa punya.Ni versi PEMALAS punyaaa.ngeeeeheeeee


Wednesday, August 22, 2012

Oreo Black Beauty

Assalamualaikum..
haaaaaaa,ni aufa nak share resepi biskut raya ni.Meh sini,meh sini.duduk dekat-dekat..rapatkan saf ye?
hehe




Resepi ni aufa ngan kakak aufa ciplak dari blog KakWan.Siapa yg x kenal KakWan tu?


Oreo Black Beauty via Citarasawan



Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur -aufa x lguna pun sbb terus roll dgn oreo
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant -aufa tak letak 



  • Pukul bahan A hingga kembang
  • Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  • Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
  • Tekan atas tray hingga habis.
  • Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
  • Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  • Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  • Paip kan dengan coklat putih.

Aufa buat camni:
Doh yang telah siap aufa gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian aufa golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.


Rich Chocolate Pudding

Assalamualaikum..

Waahh,hari ni semangat nak blogging...Berkobar-kobar dari semalam tapi telah dipatahkan oleh abang yg tak bertauliah.(berebut laptop)hua hua hua.




Bahan:

1 paket agar-agar bertali/kering
1/2 cup serbuk koko
1/2 cup milk powder
4tbsp tepung jagung
3 tbsp butter
1 cawan gula
4 1/4 cawan air

Campur semua bahan kecuali butter dan masak atas api.
Bila dah didih,masukkan butter dan kacau.

tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti.



Sonang Ajo!!

Molten Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum..

Firstly,Aufa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin.

Waaahhh,buka FB jer,semua orang post gambar2 raya dgn baju baru bagai.hahaha.Ada jugak yang rajin post resepi kek atau biskut raya.Kakak aufa yg jarang masuk dapur tu pun dah buat 6 jenis biskut raya dalam masa 3 hari.Maklumlah,orang tengah semangat nak baking,
Aufa pun ade baking jugak..Aufa buat.........
BENDA yg memang dah lama aufa nak buat tapi x sempat.
Dipersilakan MOLTEN CHOCOLATE LAVA CAKE!!

****************CLAP************

Molten Chocolate Lava Cake via Cekvisionhomes



Bahan:

  • 180 - 185 grams Dark Baking Chocolate...( dipotong2 kiub )
  • 113 grams butter 
  • 1 cawan gula icing 
  • 2 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 6 sudu besar tepung..
  • Sedikit butter dan gula halus untuk disapukan kedalam mould..
  • Ramekin @ mould yang bersesuaian...(Aufa guna bekas besi)


Untuk Hiasan
  • 2 cawan  Whipping Cream ( Cold Non Dairy Whipping Cream...)
  • 2 sudu besar  gula kastor halus


Nota  :

Untuk bahagian hiasan/topping aufa tak guna whipping cream pun...guna strawberry cukuplah..

Boleh guna ice-cream.Ice-cream vanilla lagi best.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA

1-Panaskan oven 200 darjah Celcius...

2-Sapukan ramekin/mould ngan butter dan taburkan gula halus..golek/ratakan.keluarkan lebihan 

gula.Susun diatas baking tray.

3-Cairkan coklat dgn butter dalam microwave.(gunakan kaedah double boil pun boleyyy)sebatikan..

4-Masukkan gula.Kacau bersama adunan coklat.

5-Campurkan telur dan kuning telur dan kacau perlahan.Masukkan kedalam adunan coklat tadi.Kacau 

sebati.

6-Akhir sekali masukkan tepung dan kacau.tuang adunan 3/4 dari acuan ramekin/mould

7-Bakar kek 10-14 minit.sampai sekeliling kek mula keras tapi bahagian tengah kek lembut 



Tak rugi mencuba tau!Ni mmg favourite cake aufa dari dulu lagi!Aufa dh try Molten Chocolate Cake kt Domino's,Kenny Rogers,Pizza Hut..then mane lg eh??Lupa sudahh



Selamat Mencuba!

Saturday, August 11, 2012

Cream Cheese Frosting




Assalamualaikum.

Ni resepi cream cheese frosting!
Hehehehe,,,,aufa excited sangat hari ni sebab kitorang on the way to port dickson untuk  cuti weekend ni.hehe.Seriously ni tgh update blog dalam kete okayy

Bahan2:
120g gula icing
250g cream cheese
120g butter

Putar cream cheese,gula icing yg telah diayak dan butter.Hias atas cake.

Untuk lebih sedap,chill kan semalaman.Masa btul2 nk makan baru keluarkan sebab frosting tu senang melt.
  
Boleh decorate atas Kek Red Velvet atau Carrot Cake or anything else

Red Velvet Cupcakess  ;D

Carrot Cake



Assalamualaikum..
Semoga sihat anda disana!!

Hari tu aufa buat carrot cake utk Moreh...and yg lebih2 tu aufa bagi kt pekerja2 restoran ayah.Maklumlah,masa tu kat rumah ade beberape orang je..Aufa,adik and bibik.Ayah dan mama pergi umrah...

Ni resepi yg aufa dpt dari myresipi.

Carrot Cake via Myresipi
1 1/4 cwn minyak jagung
4 biji telur
120g gula kastor
120g gula perang
100g walnut(panggang sekejap jer)
250g tepung gandum
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1/4 tsp serbuk kayu manis(aufa letak 1 tsp)
1 1/2 cwn carrot(disagat)
1 tbsp susu pekat

Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan minyak.
Masukkan bahan2 kering yang telah diayak kedalam campuran telur tadi.
Kemudian masukkan carrot.Gaul sebati.
Tuang kedlm loyang 9inci yg telah dialas kertas minyak.Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
Sejukkan sebelum dihias dengan cream cheese frosting.

Untuk resepi frosting,sila tekan SINI!