Saturday, August 11, 2012

Carrot Cake



Assalamualaikum..
Semoga sihat anda disana!!

Hari tu aufa buat carrot cake utk Moreh...and yg lebih2 tu aufa bagi kt pekerja2 restoran ayah.Maklumlah,masa tu kat rumah ade beberape orang je..Aufa,adik and bibik.Ayah dan mama pergi umrah...

Ni resepi yg aufa dpt dari myresipi.

Carrot Cake via Myresipi
1 1/4 cwn minyak jagung
4 biji telur
120g gula kastor
120g gula perang
100g walnut(panggang sekejap jer)
250g tepung gandum
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1/4 tsp serbuk kayu manis(aufa letak 1 tsp)
1 1/2 cwn carrot(disagat)
1 tbsp susu pekat

Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan minyak.
Masukkan bahan2 kering yang telah diayak kedalam campuran telur tadi.
Kemudian masukkan carrot.Gaul sebati.
Tuang kedlm loyang 9inci yg telah dialas kertas minyak.Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
Sejukkan sebelum dihias dengan cream cheese frosting.

Untuk resepi frosting,sila tekan SINI!



No comments:

Post a Comment

Leave me your comment!
XOXO
<3 Aufa