Wednesday, August 22, 2012

Oreo Black Beauty

Assalamualaikum..
haaaaaaa,ni aufa nak share resepi biskut raya ni.Meh sini,meh sini.duduk dekat-dekat..rapatkan saf ye?
hehe




Resepi ni aufa ngan kakak aufa ciplak dari blog KakWan.Siapa yg x kenal KakWan tu?


Oreo Black Beauty via Citarasawan



Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur -aufa x lguna pun sbb terus roll dgn oreo
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant -aufa tak letak 



  • Pukul bahan A hingga kembang
  • Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  • Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
  • Tekan atas tray hingga habis.
  • Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
  • Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
  • Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
  • Paip kan dengan coklat putih.

Aufa buat camni:
Doh yang telah siap aufa gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian aufa golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.


No comments:

Post a Comment

Leave me your comment!
XOXO
<3 Aufa