Friday, September 14, 2012

Cinnamon Roll


Assalamualakum..
Ni resepi aufa dapt dari blog Cik Nah tersayang..
hua3.

Ni nak cerita,masa aufa buka blog ni,terkejut banyak gambar yaang jadi hitam.Sedihh~
rasa mcm nk give up dari blogging jerr.uhuk3!

Tapi insyaAllah aufa akan cari jalan utk baiki masalah ini.Kesulitan ini amat dikesali.Harap bersabar yer!!

 Cinnamon Roll via CikNah

 Pakej Yis Kering (7gms)
¾ cawan Susu segar
¼ cawan gula halus
¼ cawan Air, dipanaskan sehingga 115 darjah
¼ sudu kecil vanilla
1 telur
1 sudu kecil Garam
¼ cawan mentega, cairkan
4 cawan Tepung gandum
¼ cawan Mentega cair, untuk berus di atas sebelum dibakar

Filling:
1/3 cawan mentega
¾ cawan gula perang
¼ cawan gula pasir
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

Topping
¼ cawan Keju Krim, pada suhu bilik
1 sudu makan Mentega, pada suhu bilik
1 1/4 cawan gula kisar
½ sudu kecil vanilla
3-4 sudu Susu segar

Proses,
1) Dalam mangkuk kecil, gabungkan air suam dan 1 sudu teh gula pasir, taburkan yis di atas dan biarkan ia  selama kira-kira 5 minit.

2) Dalam mangkuk pengadun, campurkan mentega telur, susu, garam, gula dan cair. Tambah 2 cawan tepung dan campuran air, vanila dan yis, campur sehingga kesemuanya sebati dan perlahan-lahan tambah kira-kira 2 cawan tepung. Tingkatkan kelajuan sehingga sederhana dan biarkan ia mengadun  5 hingga 7 minit atau sehingga doh licin.

3) Gris mangkuk dengan minyak sayuran atau butter. Ambil doh dan tarik dengan tangan anda untuk membentuk bola. Letakkan di dalam mangkuk dan sapukan atas doh dengan minyak sayuran sedikit. Tutup dengan bungkus plastik dan letakkan di tempat yang panas selama 2 jam.

4) Dalam mangkuk kecil, gaul bersama gula perang, gula pasir dan kayu manis .ketepikan.



Aufa buat 2 filling.Satu aufa tambah serbuk koko(mcm Cinnabon punya)
that's why warnanya gelap semacam(memandai je)


5) Apabila doh meningkat dua kali ganda , tumbuk doh dan pindah ke permukaan yg ditabur tepung.Canai doh 15x9 ". Sapukan mentega lembut di atas dan taburkan sama rata ke atas campuran gula dan kayu manis. Potong kepada 14-16 bahagian dan letakkan dalam loyang 9x13. Tutup dengan bungkus plastik dan biarkan selama 1 1/2 jam


6) Sementara itu panaskan ketuhar anda kepada 350 fahrenheit.

7)  berus  dengan sedikit mentega cair dan bakar selama  30minit atau sehingga perang keemasan.

8) Untuk frosting pula, Campurkan semua bahan  dalam mangkuk kecuali susu. Selepas sebati, perlahan-lahan tambah susu. Segera tuangkan menjadi frosting atas cinnamon roll anda dan MAKAN!!!